Sunday 31 July 2011

Cukai dalam Islam.

Disediakan oleh:

Anati Alwani binti Mohd NOh
(2011289934)
BMD1Bh

Disediakan untuk:

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101
Uitm Arau, Perlis




Pendahuluan

Definisi Cukai

Sejarah Percukaian Dalam Islam

Isu-Isu Berkenaan Cukai Pada Masa Kini

Kemana Cukai perlu Dibelanjakan

Pendapat Para Ulamak Mengenai Cukai



Penutup

Rujukan







Pendahuluan

A

DEFINISI CUKAI

Cukai ialah pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap individu dan organisasi yang berkaitan dengan negara itu untuk kegunaan negara secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembayar cukai sebenar yang menerima beban cukai itu.

Cukai langsung ialah cukai yang dibebankan terhadap pembayar cukai secara langsung atau terus dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya ialah cukai pendapatan.

Cukai tidak langsung ialah tanggungan beban cukai yang boleh dipindah oleh pembayar cukai kepada pihak ketiga atau penerima manfaat akhir terhadap barangan atau perkhidmatan itu. Contohnya cukai kastam, cukai jualan.

Sejarah Percukaian dalam Islam.

semasa kedatangan islam, cukai yang mula dipungut ialah jizyah yang bermula sejak zaman Nabi Muhammad (s.a.w).
sebelum pemerintahan Khalifah Umar al Khatab, tidak terdapat cukai yang kompleks, sehinggalah melalui ijtihad dan persetujuan sahabat, beliau mula memperkenalkan sistem percukaian seperti cukai tanah (kharaj), cukai perdagangan (usyur)dan lain.

Isu-isu berkenaan percukaian islam dan masa kini.

-Penambahan dan pengurangan cukai oleh kerajaan.

pada asalnya, cukai bukanlah suatu perkara yang dibebankan secara bberterusan kepada rakyat. ia bukanlah sesuatu yang fardhu iaitu sama seperti kefardhuan zakat yang tanggungjawabnya secara berterusan dan dikeluarkan dengan kadar yang tetap setiap tahun. Sebaliknya, ia ialah satu pungutan yang diperlukan , sesuai dengan kehendak dan keperluan negara semasa.

- Kerajaan memungut cukai yangg berlebihan.

Menurut konsep syariat islam, kebenaran untuk memungut cukai adalah dihadkan terhadap keperluan negara sahaja.
Fenomena yang dikritik oleh Ibnu Khaldun yang berlaku pada masa kini iaitu banyak pembaziran terhadap punca-punca negara negara yang mengakibatkan kadar cukai pada keseluruhannya naik pada setiap tahun samada dari segi ukuran pendapatan sebenar atau pendapatan wang. Kedudukan ini masih belum mencapai taraf kesamaan dan keadilan seperti yang dituntut oleh islam secara mutlak.


KE MANA CUKAI PERLU DIBELANJAKAN

Para ulamak telah bersepakat bahawa hasil cukai yang dipungut wajiblah dbelanjakan untuk kepentingan umum.kepentingan umum yang dimaksudkan itu ialah :

1-jihad
2-jaminan kemasyarakatan
3-maslahat umum

1) Jihad
semua ulamak yang membincangkan keharusan penetapan sistem cukai oleh pihak pemerintah membuat kenyatan bahawa hasil pungutan cukai wajib dibelanjakan untuk tujuan jihad fi sabillillah. Pada zaman sekarang ,bolehlah dikatakan bahawa menghantar anak qaryah belajar diluar negara , menyediakan perpustakaan yang mengamdungi kitab-kitab yang mempertahankan dan menerangkan islam, pembinaan pusat-tarbiyah,masjid,sekolah dan lain-lai perkara yang melibatkan mempertahan dam mengembangkan islam adalah dianggap jihad.

2) Jaminan kemasyarakatan
Makna jaminan kemasyarakatan ialah golongan yang kesempitan hidup hendaklah dibantu oleh golongan yang berkemampuan.betapanya pentingnya perkara ini sehingga ayat-ayat makiyah memberi penekanan secara khusus tentang jaminan kemasyarakatn, sebagaimana dineri penekanan kepada masalah aqidah.pada zaman sekarang bolehlah dikatakan bahawa penyediaan tapak kediaman bagi golongan yang kurang upaya, bantuan pakaian , alat-alat bantu sekolah dan seumpamanmya adalah termasuk jaminan kemasyarakatan di dalam islam yang perlu diberi perhatian.

3) Maslahat umum
Maslahat umum ialah perkara yang melibatkan masyarakat umum. Pembinaan jambatan, jalanraya, pos-pos keselamatan dan seumpamanya adalah contoh kemaslahatam umum.

Dari perbincangan di atas jelaslah bahawa haram sama sekali meggunakan hasil pungutan cukai itu bertujuan kemaslahatan peribadi.
Dicatat oleh IBNU MUSLIM di 7/31/2008 12:57:00 PM

PENDAPAT PARA ULAMAK MENGENAI CUKAI

1. Pendapat Ibnu hazm

Ibnu hazm ketika membahaskan tentang permasalahan cukai tidak menggunakan perkataan cukai tetapi menggunakan kalimah yang sama erti dengan cukai. Dimana beliau menggunakan perkataan paksaan pemerintah dalam bentuk kewangan ke atas rakyat apabila berlaku sebab tertentu.
Ibnu Hazm telah membawa dalil naqli dan dan juga perkataan sahabat.

Dalil naqli

Al-Quran : Firman Allah s.w.t : al an’aam 141

Menurut Ibnu Hazm ayat di atas bukanlah memperkatakan tentang zakat. Beliau berhujah bahawa ayat di atas adalah makiyyah sedangkan kefardhuan zakat di madinah. Oleh itu ayat di atas memperkatakan hak harta benda selain dari zakat di antaranya ialah cukai.

Firman Allah SWT : yang bermaksud :

“ Dan berilah hak kepada sanak saudara , orang-orang miskin dan ibnu sabil.
Ayat di atas mewajibkan berbuat baik kepada kepada golongan yang kesempitan hidup. Dimana menunaikan hak tersebut dianggap satu amal kebajikan dan tidak melakukannya dianggap satu kerja jahat. Maka cukai yang dikenakan adalah salah satu bentuk kerja kebajikan.

Hadis :

Sabda Rasulullah barangsiapa yang mempunyai makanan yang mencukupi dua orang maka hendaklah dicari orang ketiga , barangsiapa yang mempunyai makanan yang mencukupi tiga orang maka hendaklah ia mencari orang keempat…..

Hadis di atas menunjukkan arahan supaya orang kaya membantu orang yang kurang upaya. Ini adalah bertepatan dengan tujuan pembayaran cukai.


Penutup.

Percukaian merupakan satu sistem yang telah lama wujud dalam dunia ini.
Pada umumnya, sistem percukaian ini adalah untuk mendapatkan wang bagi epentingan negara.

Islam membenarkan pungutan cukai ini selain zakat, tetapi dalam batas-batas untuk kepentingan umum. Zakat lebih penting, kerana ia adalah salah satu daripada rukun islam. Jadi, sebelum memungut cukai hendaklah memungut zakat terlebih dahulu.

Percukaian merupakan suatu punca pendapatan negara yang paling berkesan dalam setiap negara. Inilah yang mendorong kerajaan untuk memungut cukai daripada rakyat. Malah dalam sejarah peradaban lama, ia merupakan satu kemestian bagi kerajaan dan kemestian bagi setiap warganegara. Dalam islam, ia perlu diletakkan selepas zakat kerana zakat lebih wajib lantaran ketentuan daripada Allah, manakala cukai pula merupakan ketentuan pihak pemerintah.

Rujukan:
Percukaian Negara Islam oleh Zulkarnain bin Yusuf
http://ustaznaim.blogspot.com

No comments:

Post a Comment